Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Sertai Barisan Profesional NLP

Bertauliah Hari Ini!

Seminar Pentauliahan NLP merupakan program intensif selama 5 hingga 6 hari yang direka khas untuk membantu individu mencapai tahap pentauliahan rasmi dalam bidang Neuro-Linguistic Programming (NLP). Program ini menghimpunkan pakar NLP bertaraf antarabangsa, latihan berstruktur, dan sesi praktikal untuk memastikan peserta benar-benar menguasai prinsip dan aplikasi NLP dalam kehidupan dan kerjaya.

Tarikh: 11-13 & 18-20 November 2025 (6 Hari)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: NLP Malaysia Centre, Ukay Perdana, Ampang

Foto Alumni NLP Malaysia

Kenapa Anda Perlu NLP?

Ikon Otak

Kuasai Cara Fikir & Emosi Anda Sendiri

Seminar Pentauliahan NLP (Neuro-Linguistic Programming) ajar anda faham bagaimana minda & bahasa mempengaruhi tindakan. Bila faham corak fikiran ini, anda boleh kawal emosi, hilangkan ketakutan & tingkatkan keyakinan diri.

Ikon Lengan Kuat

Tingkatkan Keyakinan & Buang Rasa Takut

Takut bercakap depan orang? Selalu rasa rendah diri? Dengan teknik NLP seperti Anchoring & Reframing, anda boleh ‘program’ semula minda untuk berani tampil yakin walaupun di situasi mencabar.

Ikon Cakap

Komunikasi Lebih Berpengaruh & Meyakinkan

Orang yang faham NLP boleh ‘baca’ orang lain dengan cepat — body language, kata kunci, nada suara. Ini bantu anda bina rapport yang kuat, dapatkan kepercayaan & pengaruh, sama ada untuk jualan, kepimpinan atau membina pasukan.

Ikon Hati

Bina Hubungan Lebih Harmoni & Tahan Lama

NLP bukan hanya untuk ‘jual barang’. Ia bantu tingkatkan kualiti hubungan:

✅ Suami isteri kurang bergaduh sebab lebih faham cara komunikasi masing-masing.
✅ Ibu bapa lebih mudah bimbing anak.
✅ Bos & staf kurang salah faham.

Ikon Ubah

Ubah Tabiat Negatif Kepada Tabiat Positif

Ramai orang tak sedar — masalah sebenar bukan ilmu kurang, tetapi tabiat & kepercayaan dalaman yang salah. NLP bantu:

✅ Atasi tabiat menangguh kerja.
✅ Ubah self-sabotage.
✅ Tanam tabiat baru yang menyokong matlamat.

Ikon Duit

Naikkan Jualan & Pendapatan (Untuk Usahawan & Ejen)

Ejen insurans, takaful, hartanah — ramai mula kuasai ilmu dari Seminar Pentauliahan NLP untuk faham psikologi pelanggan. Dengan NLP, anda tak lagi sekadar ‘jual produk’, tetapi bantu prospek sedar kenapa mereka perlu beli. Hasilnya, kadar closing meningkat dengan ketara.

Siapa Yang Patut Hadir?

Seminar Pentauliahan NLP ini direka khas untuk individu yang serius mahu membina kemahiran komunikasi, keyakinan dan pengaruh melalui pendekatan NLP yang terbukti berkesan.

Gambar Suasana Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP
Logo NLP Malaysia Centre Sdn Bhd

Siapa Kami?

NLP Malaysia Centre Sdn Bhd ialah syarikat latihan bertauliah yang pakar dalam bidang Neuro-Linguistic Programming (NLP) di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, kami telah melatih lebih 12,000 peserta dari pelbagai industri melalui program-program latihan berfokus, termasuk Seminar Pentauliahan NLP yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sebagai peneraju dalam latihan Seminar Pentauliahan NLP di Malaysia, kami komited untuk menyediakan modul yang praktikal, berstruktur dan disampaikan oleh jurulatih bertauliah bertaraf dunia. Semua peserta dalam Seminar Pentauliahan NLP kami bukan sahaja mempelajari teori, malah turut menjalani sesi praktikal intensif untuk menguasai kemahiran NLP secara menyeluruh.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri, NLP Malaysia Centre kekal sebagai pilihan utama bagi individu dan organisasi yang serius mahu mencapai transformasi diri, meningkatkan komunikasi, dan membina kepimpinan berpengaruh melalui pendekatan NLP.

Peserta Berdaftar
0 +
Seminar Telah Dijalankan
0 +
Pengalaman Dalam Bidang Training
0 Tahun
Foto Hj. Fadzli Yusof

Trainer Utama

HJ FADZLI YUSOF

Hj Fadzli Yusof ialah seorang Master Trainer NLP yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang pembangunan diri, kepimpinan, dan komunikasi berkesan. Dengan lebih 20 tahun pengalaman, beliau telah membimbing ribuan peserta di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Beliau diiktiraf sebagai Certified NLP Trainer oleh American Board of NLP (ABNLP) — badan profesional NLP yang diiktiraf di peringkat global. Kepakaran beliau dalam menyampaikan teknik dan prinsip NLP secara praktikal menjadikan beliau antara tokoh NLP yang paling dipercayai di Malaysia.

Peserta Seminar Pentauliahan NLP akan mendapat bimbingan terus daripada beliau, merasai pendekatan pembelajaran yang dinamik, mudah difahami, dan terus boleh diaplikasikan dalam kerjaya, bisnes dan kehidupan harian.

Antara Yang Akan Anda Kuasai

Modul ini dibangunkan berdasarkan silibus antarabangsa dan sesuai untuk semua latar belakang peserta.

Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Modul 1

Fahami NLP

 

  • Memahami Asal-usul & Sejarah NLP
    Ketahui bagaimana NLP dibangunkan serta peranan pentingnya dalam pembentukan modul Seminar Pentauliahan NLP hari ini.

  • Meneroka Konsep Asas NLP
    Fahami kenapa NLP menjadi pilihan utama dalam pembangunan diri, komunikasi efektif dan kejayaan kerjaya – topik utama dalam Seminar Pentauliahan NLP ini.

  • Mengenali Andaian Asas NLP (Presuppositions)
    Pelajari kepercayaan asas yang menjadi tulang belakang kepada semua teknik dalam NLP.

  • Menjelaskan Hubungan antara Fikiran, Bahasa & Tingkah Laku
    Temui bagaimana NLP memetakan interaksi antara minda, komunikasi dan tindakan harian.

  • Melihat Potensi NLP dalam Pencapaian Matlamat
    Dapatkan gambaran menyeluruh tentang bagaimana Seminar Pentauliahan NLP ini boleh membantu anda mencapai matlamat peribadi dan profesional.

Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Modul 2

Model Komunikasi NLP

  • Bagaimana Manusia Memproses Maklumat dan Membentuk Persepsi
    Fahami cara otak membina realiti berdasarkan pengalaman, deria dan keyakinan dalaman.

  • Konsep Penapisan Minda (Filters)
    Pelajari bagaimana kepercayaan, nilai dan pengalaman silam membentuk cara kita berfikir, merasa dan bertindak.

  • Struktur Komunikasi Berkesan Berdasarkan Model NLP
    Ketahui bagaimana Seminar Pentauliahan NLP membimbing anda membina komunikasi yang lebih jelas dan berpengaruh.

  • Mengenal Pasti Corak Komunikasi Diri dan Orang Lain
    Gunakan teknik NLP untuk membaca dan menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya komunikasi.

  • Mengubah Komunikasi Dalaman dan Luaran Secara Positif
    Dalam Seminar Pentauliahan NLP ini, anda akan belajar teknik untuk menstruktur semula dialog dalaman dan membina komunikasi luaran yang memberdayakan.

Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Modul 3

Representational System & Kalibrasi

  • Menyedari bagaimana setiap individu menggunakan sistem representasi (visual, auditori, kinestetik, dll) dalam komunikasi.

  • Belajar mengenal pasti petunjuk bahasa dan gerak tubuh untuk memahami gaya pemikiran seseorang.

  • Meningkatkan kemahiran pemerhatian (kalibrasi) untuk lebih peka terhadap perubahan kecil dalam reaksi dan emosi.

  • Menggunakan pemahaman ini untuk menyesuaikan komunikasi dengan lebih berkesan.

  • Melatih diri untuk memimpin interaksi secara halus tetapi berpengaruh.

Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Modul 4

Rapport – Seni Mewujudkan Keharmonian Komunikasi

  • Mempelajari teknik membina hubungan kepercayaan (rapport) dengan sesiapa sahaja.

  • Menggunakan kaedah seperti matching, mirroring dan pacing-leading dalam perbualan.

  • Memahami kepentingan keharmonian non-verbal dalam membina pengaruh.

  • Mengaplikasikan strategi rapport dalam konteks profesional, jualan, pendidikan atau kepimpinan.

  • Membina kemahiran untuk menjadi komunikator yang lebih mesra dan diyakini.

Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Modul 5

Anchoring – Mencipta Keadaan Emosi Positif Bila-bila Masa

  • Memahami konsep “anchor” atau pencetus emosi dalam NLP.

  • Belajar mencipta dan mengaktifkan anchor positif untuk motivasi, keyakinan dan ketenangan.

  • Menyedari bagaimana anchor negatif terbentuk dan cara menghapuskan atau menukarkannya.

  • Menggunakan teknik anchoring dalam dunia sebenar seperti temuduga, pembentangan, atau pengucapan awam.

  • Meningkatkan kawalan diri terhadap reaksi emosi dalam pelbagai situasi.

Banner Seminar Pentauliahan Antarabangsa NLP

Modul 6

Submodaliti – Kuasa Mengubah Pengalaman Dalaman

  • Mengenal pasti submodaliti, iaitu butiran kecil dalam representasi mental (seperti warna, saiz, lokasi imej dalaman).

  • Mempelajari bagaimana mengubah submodaliti boleh mengubah pengalaman emosi dan persepsi.

  • Meneroka teknik Swish Pattern untuk menukar tabiat atau pemikiran negatif kepada yang lebih berdaya hasil.

  • Menguasai kemahiran mengarahkan pengalaman minda dengan lebih sedar dan berkesan.

  • Menggunakan submodaliti untuk memperkuatkan matlamat, kenangan positif dan keyakinan diri.

Berapa Yuran Seminar?

Daftar Sekarang di bawah!

Seminar Pentauliahan NLP menawarkan ilmu premium pada harga yang berbaloi. Sama ada anda hadir secara peribadi atau melalui syarikat (HRDC Claimable), program ini memberi pengalaman transformasi selama 6 hari yang penuh dengan aktiviti dan impak sebenar. Sijil antarabangsa, pengiktirafan tempatan, dan keistimewaan alumni – semuanya dalam satu program lengkap. Mulakan perjalanan NLP anda hari ini.

PERSONAL

Peserta akan membuat bayaran sendiri tanpa melalui majikan atau HRDC
RM 4,800
  • Sijil Pentauliahan Antarabangsa NLP dari Florida, USA (NFNLP)
  • Sijil Pengiktirafan Malaysia Society of NLP (MSNLP)
  • Keistimewaan alumni NLP (Seperti diskaun buku baru atau seminar anjuran NLP Malaysia yang lain)
  • Seminar Penuh Dengan Aktiviti Praktikal & Aplikasi untuk Kehidupan Seharian
  • Percuma Buku Eksklusif dari NLP Malaysia
  • Percuma Digital Course di Platform Multiversiti NLP Malaysia.
  • Percuma Item-item Khas dari NLP Malaysia (Berumpama poster, jurnal & sebagainya)
Popular
Logo HRD Corp Claimable

HRDC CLAIMABLE

Majikan boleh menghantar pekerja menghadiri latihan ini dengan pembiayaan sepenuhnya melalui HRDC
RM 8,400
  • Sijil Pentauliahan Antarabangsa NLP dari Florida, USA (NFNLP)
  • Sijil Pengiktirafan Malaysia Society of NLP (MSNLP)
  • Keistimewaan alumni NLP (Seperti diskaun buku baru atau seminar anjuran NLP Malaysia yang lain)
  • Seminar Penuh Dengan Aktiviti Praktikal & Aplikasi untuk Kehidupan Seharian
  • Percuma Buku Eksklusif dari NLP Malaysia
  • Percuma Digital Course di Platform Multiversiti NLP Malaysia.
  • Percuma Item-item Khas dari NLP Malaysia (Berumpama poster, jurnal & sebagainya)

Apa Kata Peserta Kami?

Perkongsian jujur daripada peserta Seminar Pentauliahan NLP yang telah melalui transformasi sebenar.
Dari keyakinan diri hingga kejayaan kerjaya — testimoni mereka membuktikan keberkesanan NLP dalam kehidupan sebenar.

NLP Testimoni

FAQ

Soalan Lazim

Ya. Seminar ini menganjurkan pentauliahan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan diselaraskan mengikut piawaian NLP global.

Ya, Seminar Pentauliahan NLP telah didaftarkan di bawah HRD Corp dan boleh dituntut sepenuhnya oleh majikan yang berdaftar. Kami juga akan membantu anda dalam proses dokumentasi dan tuntutan supaya segalanya berjalan lancar.

Seminar ini sesuai untuk:

  • Jurulatih, fasilitator dan penceramah

  • Eksekutif dan pengurus HR

  • Coach, konsultan, dan pemimpin organisasi

  • Individu yang mahu meningkatkan kemahiran komunikasi & kendiri

  • Salesman, businessman atau ejen perkhidmatan yang nak tarik pelanggan

Ya, peserta akan menerima 2 Sijil iaitu Sijil Pentauliahan Antarabangsa NLP yang diterbangkan khas dari Florida, USA & Sijil Pentauliahan Malaysia Society of NLP (MSNLP) dari NLP Malaysia Centre selepas tamat seminar dan lulus penilaian.

Tidak. Seminar Pentauliahan NLP merangkumi gabungan teori dan latihan praktikal — anda akan terus mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang sesi. Setiap ilmu yang dipelajari akan diaplikasikan secara langsung dalam kehidupan harian anda.

Anda hanya perlu bawa diri, alat tulis dan semangat untuk belajar! Nota dan bahan seminar akan disediakan.

Perlukan Bantuan?

Anda boleh hubungi kami dengan klik button di bawah. Kami akan cuba bantu anda sebaiknya.

Pilihan alternatif: +6013-3271355

WhatsApp

Telefon

Emel

Logo NLP Malaysia Centre Sdn Bhd

Tentang NLP Malaysia Centre Sdn Bhd

NLP Malaysia Centre of Excellence (NLPMC) bermula daripada portal NLP dalam Bahasa Malaysia yang terbesar sejak 2007, iaitu www.nlpmalaysia.net. Ia diwujudkan oleh Hj Fadzli Yusof, sebagai inisiatif untuk melebarluaskan teknologi NLP kepada orang Melayu-Muslim di Nusantara dengan pendekatan yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi.

NLPM CENTRE SDN BHD (1177036-U)